Sunday 5 February 2012

Rahsia Pertama : Aku & BoLa SePaK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia pade semua...First of all,aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul pade semua umat Islam di seluruh dunia ni..Rasenya dah lebih pada seminggu aku x update citer at blog ni(walaupun baru satu je post aku at blog ni..hehehe)...utk cite kali kedua ni,asenya kau nak cite pasal rahsia diriku yang pertama,iaitu BOLA SEPAK @ FOOTBALL :).



Sememangnya dari kecil,aku ni minat giler at bola sepak(walaupun main xhebat mane,tapi minat tu,boleh kate die hard fan gak lah..kih3)..Kelab pertama yang aku minat ialah Man Utd,sejak aku berumur 7 tahun.aku minat pun bukan sebab apa,sebab aku & arwah abg minat ngat kat David Beckham.Kalau Man Utd main,xsah kalu xtengok,ulangan pon boley,asalkan ade Beckham main waktu tu.Memang leh katakan die hard fan MU lah waktu tu,sampai main bola kat padang pun terikut style Beckham lah..hihi..Arwah Abg,atau dikenali dgn nama Ayie oleh rakan2,memang tahu dia ni peminat setia Beckham.Setiap kali turun padang utk mewakili sekolah time sekolah menengah,dia akan memakai jersi no 7,sama seperti Beckham kat MU.Main pun lebih kurg sama posisi,iaitu Centre Midfielder atau Defensive MF.Tapi umur arwah xpanjang.Semasa di tingkatan 6 Rendah,Abyie(panggilan dalam famili aku meninggal dunia...Al-Fatihah
Arwah Abang,Bakri Bin Abdul Karim
                                                           

David Beckham.OT Legend                                                           
Sob3,sdih jap,teringat kat arwah..Kita sambung balik ye kawan2 sekalian..Semangat main bola dia adalh turun sdkit kat aku,walaupun aku xberbakat sepenuhnya mcam arwah dalam sukan ni.Aku sokong MU sampai umur aku 13 tahun,semasa season terakhir Beckham di MU.Aku sedih bila Beckham dijual ke Real Madrid setelah lama menabur bakti di MU.Dan perpindahannya adalah disebabkan konflik Beckham dgn Sir Fergie.Peristiwa ini telah menyebabkan aku mula tidak menyukai MU dan beralih kepada kelab yang mula mahu menaiki carta teratas liga iaitu Chelsea FC.
LOGO CHELSEA
Seingat aku,masa tu,Chelsea baru diambil alih oleh jutawan Rusia,iaitu Roman Abramovich.Pengambilalihan Chelsea oleh pemilik baru seakan memberi satu sinar kebangkitan pada Chelsea.Semasa first season di bawah pemilik baru,Chelsea mendaki tangga kedua liga di belakang Arsenal,satu pencapaian hebat.Kejayaan ini dibantu oleh trio serangan Chelsea ketika itu,Eidur Gudjohnsen,Frank Lampard dan Jimmy Floyd Hasselbaink.Sehingga hari ini,aku masih setia pada Chelsea FC,walau ape pun yang terjadi.Jatuh bangun Chelsea,aku tetap kekal sbg The Blues.Aku takkan bertukar kelab lain,walaupun Chelsea jatuh ke Divisyen bawah sekalipun.Alhamdulillah,tahun 2012 ni,genaplah 9 tahun aku bergelar peminat Chelsea..Liga bola sepak lain aku layan jugak,tp xlah sedalam minat aku kat EPL ni..hehe

Idolaku Di Chelsea
Korang pun aku rasa mesti ade sukan favourite masing2 kan..Bagi aku,bola sepak dan lelaki xboleh dipisahkan.Bola sepak juga merupakan satu sukan yang universal,boleh menyatukan semua orang tidak mengira pangkat, darjat, umur, fahaman politik dan sebagainya.Namun,janganlah terlalu fanatik,kerana boleh membawa kepada perkara2 yg tdak diingini...Walaupun aku minat EPL,tp aku xlupakan bola sepak tempatan.Pasukan kegemaran of cozlah skuad Tok Gajah,iaitu Pahang.Perkembangan pasukan kebangsaan pun I Follow ok :)
Elephant Army,Ultras Pahang
Paukan Malaysia Tercinta :)

Rasenya,setakat ni dulu yg aku boleh postkan kat blog ni..Bagi peminat2 MU yg mungkin baca blog aku ni,jangan lah marah plak ea.Tu pendapat aku tentang MU.MU memang xdpt dinafikan sebagai kelab yg sentiasa mpunyai psikologi kemenangan,hebat di Eropah,cuma aku xbrape suka masa Sir Fergie melayan Beckham dan Nistelrooy mase akhir karier diorg di Old Trafford...Akhir kata.selamat membaca dan majulah sukan utk negara..Washimashiyo :)

Sunday 29 January 2012

PeNCiNTa RaHSiA : PeRcUBaAn PeRTaMa


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Hai semua.Saya orang baru dalam bab blog memblog ni..hehe..like a new fish in the town(umpama dialog dalam cite Step Up 2:The Street)..nothing special about me.Saya hanyalah manusia biasa,sama seperti ahli2 blogger yg lain,punya akal dan pemikiran,ada idea dan juga buah pikiran yang ingin dilontarkan dan dikongsi bersama.

   Ok..kita sambung kembali ea..Utk 1st post ni,saya nak bkongsi kenapa say pilih nama "Pencinta Rahsia" ni.
Bg saya,nama tu amat menarik dan ada maksud yg tsirat dan yang tersurat(walaupun saya sendiri tidak tahu apa yang ada di sebalik nama ini).Setiap nama itu ada maknanya yang tersendiri,dan pembawakan perwatakan adalah berdasarkan nama tersebut,hehe.Bagi saya,CINTA itu adalah sesuatu yang INDAH,dan RAHSIA itu adalah salah satu daripada elemen yang menghidupkan CINTA di kalangan manusia.


RAHSIA dan CINTA umpama sesuatu yang tidak mungkin dapat dipisahkan.Dalam setiap perkara di dunia ini,tidak akan terlepas dengan CINTA dan juga RAHSIA.Mungkin ada yang perasan,dan mungkin juga sebaliknya.Ianya sesuatu yang indah apabila CINTA dan RAHSIA saling berkaitan.Ianya membuatkan sesebuah PERCINTAAN itu diwarnai oleh pelbagai pengalaman yang berwarna warni,lebih2 lagi apabila ada suatu RAHSIA yang tidak dapat dirungkai atau diperjelaskan oleh masing2 :)

Rasanya cukuplah setakat ini salam perkenalan dari saya.Pada rakan2,silalah "follow" blog saya ini dari semasa ke semasa.Untuk "fist time" ni,saya x mengharapkan kesempurnaan.Cuma mahu mencuba di sesuatu yang baru.Untuk post2 yang aka datang,saya akan cuba sematkan jua walaupun secebis ilmu pengetahuan yang boleh kita kongsi dan gunakan bersama di dalam kehidupan kita seharian.Sekian dari saya.Si Pencinta Rahsia..Adios dan Salam Sejahtera :)